KUSKOP sedang susun pelbagai program untuk menggalakkan penglibatan koperasi di negara ini dalam pelbagai bidang ekonomi.
Kita lihat badan koperasi contohnya bank, yg popular ialah Bank Rakyat dan satu lagi Co-opbank Pertama dengan sekarang ini ada 23 cawangan. Harapan saya satu hari nanti bank wanita akan ditubuhkan di bawah koperasi. Ada juga koperasi besar yang sudah ada pun hotel sendiri serta pelbagai bidang perniagaan.
Dengan sambutan 100 tahun koperasi menjelang Julai ini, saya harap koperasi di negara ini dilihat sebagai sebuah agensi atau sekurang-kurangnya sama taraf dengan sektor korporat. Kita lihat koperasi juga menjadi satu pertubuhan ekonomi malah memberikan dividen yang lebih baik.
Ada koperasi yang memberi dividen sehingga 8 peratus kepada ahli.