Program pelancaran Coopmart dan perasmian Coop Community Mart Koperasi Pudina Putrajaya Berhad

Program pelancaran Coopmart dan perasmian Coop Community Mart Koperasi Pudina Putrajaya Berhad yang melibatkan kolaborasi KUSKOP dan Kementerian Wilayah telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Pelancaran Coopmart adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membentuk kolaborasi strategik bagi mendapatkan bekalan barangan secara pukal untuk diedarkn kepada kedai-kedai koperasi di seluruh Msia. Antara usaha membantu rakyat bagi menangani isu kos sara hidup melalui kuasa beli rakyat yang mnjadi pemangkin kepada KDNK.

YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan beliau memaklumkan perolehan tahunan sektor koperasi sebanyak RM41.47 billion dengan kekuatan keluarga koperasi seramai 7.04 juta orang merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Turut diadakan semalam program Jualan Harga Patut yang menarik minat penduduk sekitar melalui jualan dengan potongan harga barangan asas sehingga 70 peratus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *